Pulau Easter
Kepulauan Easter merupakan salah satu tempat yang terpencil di dunia. Kepulauan ini dikenali dengan patung-patung yang besar seperti gambar di atas yang diperbuat daripada batu gunung berapi yang dipanggil “moai”. Banyak kajian yang telah dilakukan untuk menyiasat dari mana datangnya patung seperti di atas. Namun semuanya masih belum terungkai...
Piramid Giza
Antara Piramid yang paling lama bertahan. Piramid ini telah dibina sejak 3800 tahun yang lalu. Ianya dikatakan mistik dan misteri kerana tidak tercapai oleh akal kita bagaimana mereka mengangkat batu seberat satu tan untuk membuat piramid tersebut tanpa ada sebarang alat moden. Namun begitu, ianya masih teguh setelah lama dibina...
Stonehenge
Stonehenge adalah salah satu binaan yang menarik sebenarnya. Dipercayai dibina sejak 2500 Sebelum Masihi. Seperti Piramid Giza, tiada satu pun alat moden pada waktu itu yang dapat digunakan untuk membina binaan seperti di atas. Dikatakan tempat ini dahulunya sebagai tempat penyembahan ataupun tempat melangsungkan upacara...
Cenote
Ini adalah tempat dimana satu tamadun yang dikenali dengan nama kaum Mayan telah berkembang pesat dimana Eropah sedang dalam zaman kegelapan. Tempat ini merupakan satu tempat yang dibina dengan cantik sekali tanpa menggunakan sebarang alatan logam.Dunia bawah tanah yang disebut sebagai cenote ini adalah satu tempat yang sangat menakjubkan sekali dimana 20 kaki dibawah akan sampai juga cahaya matahari. Seperti yang dilihat, tempat ini sangat cantik dan indah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan